Klik iklan di bawah intuk menderma

Friday 31 May 2013

Atong dan Pak Mat Kastam


Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.

Thursday 30 May 2013

Ular



Noni adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan komputer di Shah Alam. Baru bekerja tak sampai setahun tapi popularitinya cukup hebat, cam super star lak kat kilangnyer tuh...bukan sebab dia cantik...bukan sebab body baeekkk...tapi sebab dia seorang yg cukup ceria...disenangi oleh semua orang... Noni nih kerjanya byk terbabit dengan aktiviti luar...jumpa org sana...jumpa org sini (kononnyer ler)...so memang jarang la ade kat opis....kalau tengok punch card banyak kosong dari berisi...tapi org tak cakap apa...sebab dia kan banyak kerja luar...memang 'nature' kerja dia cam tuh..

Satu hari tengah sedap si Noni mentekedarah kat luar (time keje)...dia rasa gatal-gatal kat lengan...garu...pas tu gatal kat paha lak...garu lagi...sudah nyer satu badan naik gatal-gatal. Mula nyer dia ingatkan elergik ngan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnyer tuh makin menjadi-jadi..beberapa bahagian kulitnyer dah menebal...semacam kurap dah rupenyer... si Noni mula menggelabah...dengan bantuan beberapa member, si Noni di bawa berjumpa dengan sorang pawang kat Ulu Puchong...time tuh separuh kaki die dah tumbuh sisik...Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu si Noni menangis tak henti-henti...sampai kat rumah pawang... Noni dah tah boleh berjalan...sampai ke dada dah bersisik...tinggal buah dada jer yg masih selamat...

Tanpa berlengah pawang terus menggelupur membaca mentera...cuba nak selamatkan Noni yang kononnyer terkena badi ular...makin kuat pawang menggelupur makin cepat bahagian badan Noni bertukar jadik bersisik cam ular..sudahnyer sisik sume dah merayap sampai ke muka..Seluruh tubuh Noni makin pedih...rasa gatal yg teramat sangat terasa bagaikan tak dapat dibendung... Noni menjerit sekuat hati...pawang kat sebelah dah pengsan...cuma bayangan ular yg memenuhi ruang bilik tersebut...asap berkepul-kepul keluar dari ubun-ubun kepala Noni... Tiba -tiba satu imej manusia terhasil daripada kepulan asap yang keluar dari kepala Noni tuh..

"Ehh...Bos?...tolong la saya Bos...saya janji tamo 'ngulor' dah...pas nih saya buat keje bebetul...kalau Bos nak sumpah jadik ular pon sumpah la org yg tengah baca cerita nih...dia pon ngulor jugak tuh"...


Saturday 25 May 2013

Mandi Laut



Mandi Laut


Hai semua.
Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..
Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

Friday 24 May 2013

PENJAGA LANDASAN KERETAPI


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

Thursday 23 May 2013

Lawak Buah 


Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Monday 20 May 2013

Nenek Jual Topi


Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat- dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk...?"

Rahsia Menangkap Ikan


Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Sunday 19 May 2013

Berita ngeri


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Saturday 18 May 2013

Malam pengantin


https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQQcwM_7wlsQYXLl7sEQWt_rYvI6Z9iyLa-2YWSSXdGxq-159BrSeorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

Klik iklan di bawah intuk menderma

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

Bacaan seterusnya