Klik iklan di bawah intuk menderma

Friday 15 November 2013

Filipina hadapi 'taufan' kritikan

NANTIKAN BANTUAN: Mangsa Taufan Haiyan di Tacloban terpaksa beratur panjang untuk menerima air dan makanan semalam. - Foto REUTERS
TAUFAN HAIYAN
AS, Britain, Jepun, China dan Singapura antara negara yang pertingkat bantuan
TACLOBAN: Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, menghadapi tekanan mempercepatkan pengagihan bantuan makanan, air dan perubatan kepada penduduk yang terselamat daripada badai Taufan Haiyan dan kini dalam keadaan semakin terdesak.
Selain itu, Encik Aquino juga perlu memastikan pemerintah tempatan kembali berfungsi.
Menurut beliau, angka kematian mungkin lebih tinggi jika langkah memindahkan penduduk tidak dilakukan dan bantuan kemanusiaan tidak disediakan lebih awal.
Namun, penduduk yang terselamat menyatakan bahawa mereka tidak diberi amaran tentang kedatangan landaan ribut yang tiba bak ombak tsunami.
Encik Aquino cuba mempertahankan diri menghadapi bidasan tentang cara beliau menangani bencana itu.
Ramai yang mengkritiknya kerana pentadbirannya telah diberikan amaran mengenai kekuatan taufan dan risiko berlakunya ribut tersebut, tetapi lambat bertindak.
RSAF tiba di Cebu Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) melalui pesawat C-130 tiba di Cebu, Filipina, semalam bagi menghantar bantuan termasuk khemah, perubatan dan selimut. Ini merupakan bantuan kedua bernilai $120,000.
SAMBUNG BACAAN

Tuesday 12 November 2013

Thai diarah undur dari kawasan kuil purba

PERTIKAIAN KUIL PREAH VIHEAR

THE HAGUE (Belanda): Thailand harus mengundurkan semua pasukan tentera dan polisnya dari kawasan yang mengelilingi sebuah kuil berusia 900 tahun di sempadannya dengan Kemboja, kata para hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), semalam.
Bagaimanapun, keputusan mahkamah dunia itu dijangka boleh memburukkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara tersebut.
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh ekoran ketegangan yang berlaku di sana sejak 2011 itu.
Para hakim ICJ memutuskan bahawa tanjung tinggi di tempat terletaknya kuil Preah Vihear itu adalah sebahagian daripada Kemboja.
Mahkamah tersebut telah memberikan hak milik kuil itu kepada Kemboja dalam keputusannya pada 1962, tetapi Thailand bertegas bahawa pemilikan baki daripada kawasan bukit berkenaan belum lagi diselesaikan.
"Mahkamah sebulat suara mengisytiharkan Kemboja mempunyai kedaulatan ke atas semua wilayah tanjung tinggi kuil Preah Vihear," kata Hakim Peter Tomka, yang juga Presiden ICJ, semalam.
Di Bangkok, ribuan rakyat Thailand semalam berhimpun di sebatang jalan raya Bangkok untuk mendengar dan membantah keputusan ICJ itu, yang disifatkan memihak kepada Kemboja.
Di bawah pimpinan mantan Timbalan Perdana Menteri Thai, Encik Suthep Thaugsuban, dan beberapa pemimpin akar umbi Parti Demokrat, para pembantah yang sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk golongan kelas pertengahan Bangkok berhimpun di ibu kota Thailand itu.
Sebahagian besarnya berhimpun di kawasan sibuk seperti Silom Road, Sukhumvit Road dan daerah Paholyothin. Mereka menyertai bantahan di Monumen Demokrasi dan beberapa kawasan bersebelahan Rajdamnern Avenue.
Ramai yang menyertai perarakan dari kawasan-kawasan sibuk di bahagian tengah ibu kota Thai itu ke Rajdamnern Avenue.
Encik Suthep dan rakan-rakan partinya memberitahu para pembantah supaya menolak apa sahaja keputusan ICJ itu.
Selain itu, mereka juga berhimpun untuk membantah rang undang-undang "pengampunan menyeluruh" yang cuba didesak oleh kerajaan ke atas rakyat negara tersebut, tetapi masih didebat oleh dewan Senat Thai sehingga lewat malam tadi.
Mereka mahu Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, membatalkan rang undangundang yang sebelum ini digubal untuk memberi pengampunan kepada beberapa tokoh politik

Saturday 9 November 2013

Gara-gara lupa beli sarapan lelaki dibelasah isteri hingga pengsan

KAJANG: Sepuluh jahitan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan.
Itu akibat yang terpaksa ditanggung seorang pengawal keselamatan apabila dihentak dengan batu dan dipukul dengan kayu oleh isterinya sendiri.
Puncanya, hanya disebabkan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun terlupa membeli makanan untuk sarapan yang disuruh isterinya itu.
Kejadian berlaku sekitar 8 pagi Selasa lalu di lokasi mangsa bertugas iaitu di pondok kawalan sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, di sini.
Sumber polis berkata ketika mangsa mahu keluar rumah untuk bekerja, isterinya yang berusia 25 tahun berpesan supaya dibelikan makanan untuk sarapan.
"Bagaimanapun, mangsa terlupa pesanan isterinya itu dan terus ke tempat kerja yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka," katanya.
Tidak lama selepas itu wanita berkenaan datang ke pondok kawalan tempat suaminya bertugas dengan menaiki motosikal.
Belum pun sempat mangsa bertanya tujuan isterinya ke situ, beliau ditumbuk di muka beberapa kali.
"Mangsa tidak membalas pukulan isterinya dan hanya berulang-kali meminta penjelasan. Dengan marah suspek memberitahu dia tidak puas hati kerana mangsa tidak membelikan sarapan sebagaimana diminta," kata sumber polis, lapor Harian Metro.
Wanita itu bertindak lebih agresif dengan menendang pula badan suaminya dan mengambil kayu di kawasan berhampiran dan memukul badan mangsa.
Apabila mangsa merampas kayu itu, isterinya mengambil batu dan menghentak pula kepala mangsa.
"Akibat hentakan itu, mangsa pengsan, manakala suspek yang panik terus melarikan diri daripada tempat kejadian," tambah sumber.
Mangsa telah membuat laporan polis sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital petang Rabu lalu.
"Dalam laporan yang dibuatnya, lelaki itu mendakwa dia memang sering dibelasah isterinya itu walaupun hanya melakukan kesalahan kecil sejak lebih setahun lalu," kata sumber.
Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
SAMBUNG BACAAN

Thursday 7 November 2013

Filipina bersiap-siap hadapi Taufan Haiyan

MANILA: Pihak berkuasa Filipina telah membatalkan perkhidmatan feri dan mengarahkan bot nelayan kembali ke darat, sedang taufan paling ganas di Pasifik barat tahun ini mula menghala ke tengah negara itu.
Taufan Haiyan itu dikelaskan sebagai taufan kategori lima iaitu taufan sangat berbahaya dengan kelajuan angin sehingga 250 kilometer sejam.
Ia dijangka melanda pulau Samar dan Leyte pada tengah hari ini.
"Saya telah mengeluarkan amaran agar setiap pihak bersedia menghadapi senario paling buruk. Kami telah mengerahkan semua unit pemerintah dan semua sumber bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan. Para penduduk di kawasan bahaya telah pun diarah berpindah," kata anggota Kongres Samar Timur, Encik Ben Evardone.
Menurut beliau, kawasan yang bakal dilanda taufan itu sudah pun mengalami keadaan angin kencang dan hujan lebat.
Sekolah-sekolah dan beberapa pejabat juga telah ditutup sementara talian elektrik dan komunikasi telah dipotong buat sementara.
Para pegawai dilaporkan telah menggunakan semboyan bagi memaklumkan penduduk yang menetap di kawasan pantai berpindah ke kawasan lebih selamat.
SAMBUNG BACAAN...,,,

Klik iklan di bawah intuk menderma

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

Bacaan seterusnya