Tersebut lah cerita , ada 
sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan 
dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara 
manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi
 ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, 
bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah ke
 rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area 
Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la 
berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.
Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas 
badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok 
tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun 
la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi 
topi aku semua?'.
Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia 
hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas 
pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi 
topi aku.
Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi 
sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan 
tersebut.
Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-
 dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la 
dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, 
monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu 
idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling 
ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai
 ketanah.
Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik 
kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu 
berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia 
tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la 
pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak 
pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.
Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah 
Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di 
bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- 
topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , 
dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun 
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh.
 monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk 
menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. 
Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, 
dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, 
monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh 
juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq 
la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.
Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia
 kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba 
turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi 
tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga 
dia dan berbisik, "hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk...?"