Klik iklan di bawah intuk menderma

Friday 15 November 2013

Filipina hadapi 'taufan' kritikan

NANTIKAN BANTUAN: Mangsa Taufan Haiyan di Tacloban terpaksa beratur panjang untuk menerima air dan makanan semalam. - Foto REUTERS
TAUFAN HAIYAN
AS, Britain, Jepun, China dan Singapura antara negara yang pertingkat bantuan
TACLOBAN: Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, menghadapi tekanan mempercepatkan pengagihan bantuan makanan, air dan perubatan kepada penduduk yang terselamat daripada badai Taufan Haiyan dan kini dalam keadaan semakin terdesak.
Selain itu, Encik Aquino juga perlu memastikan pemerintah tempatan kembali berfungsi.
Menurut beliau, angka kematian mungkin lebih tinggi jika langkah memindahkan penduduk tidak dilakukan dan bantuan kemanusiaan tidak disediakan lebih awal.
Namun, penduduk yang terselamat menyatakan bahawa mereka tidak diberi amaran tentang kedatangan landaan ribut yang tiba bak ombak tsunami.
Encik Aquino cuba mempertahankan diri menghadapi bidasan tentang cara beliau menangani bencana itu.
Ramai yang mengkritiknya kerana pentadbirannya telah diberikan amaran mengenai kekuatan taufan dan risiko berlakunya ribut tersebut, tetapi lambat bertindak.
RSAF tiba di Cebu Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) melalui pesawat C-130 tiba di Cebu, Filipina, semalam bagi menghantar bantuan termasuk khemah, perubatan dan selimut. Ini merupakan bantuan kedua bernilai $120,000.
SAMBUNG BACAAN

Tuesday 12 November 2013

Thai diarah undur dari kawasan kuil purba

PERTIKAIAN KUIL PREAH VIHEAR

THE HAGUE (Belanda): Thailand harus mengundurkan semua pasukan tentera dan polisnya dari kawasan yang mengelilingi sebuah kuil berusia 900 tahun di sempadannya dengan Kemboja, kata para hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), semalam.
Bagaimanapun, keputusan mahkamah dunia itu dijangka boleh memburukkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara tersebut.
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh ekoran ketegangan yang berlaku di sana sejak 2011 itu.
Para hakim ICJ memutuskan bahawa tanjung tinggi di tempat terletaknya kuil Preah Vihear itu adalah sebahagian daripada Kemboja.
Mahkamah tersebut telah memberikan hak milik kuil itu kepada Kemboja dalam keputusannya pada 1962, tetapi Thailand bertegas bahawa pemilikan baki daripada kawasan bukit berkenaan belum lagi diselesaikan.
"Mahkamah sebulat suara mengisytiharkan Kemboja mempunyai kedaulatan ke atas semua wilayah tanjung tinggi kuil Preah Vihear," kata Hakim Peter Tomka, yang juga Presiden ICJ, semalam.
Di Bangkok, ribuan rakyat Thailand semalam berhimpun di sebatang jalan raya Bangkok untuk mendengar dan membantah keputusan ICJ itu, yang disifatkan memihak kepada Kemboja.
Di bawah pimpinan mantan Timbalan Perdana Menteri Thai, Encik Suthep Thaugsuban, dan beberapa pemimpin akar umbi Parti Demokrat, para pembantah yang sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk golongan kelas pertengahan Bangkok berhimpun di ibu kota Thailand itu.
Sebahagian besarnya berhimpun di kawasan sibuk seperti Silom Road, Sukhumvit Road dan daerah Paholyothin. Mereka menyertai bantahan di Monumen Demokrasi dan beberapa kawasan bersebelahan Rajdamnern Avenue.
Ramai yang menyertai perarakan dari kawasan-kawasan sibuk di bahagian tengah ibu kota Thai itu ke Rajdamnern Avenue.
Encik Suthep dan rakan-rakan partinya memberitahu para pembantah supaya menolak apa sahaja keputusan ICJ itu.
Selain itu, mereka juga berhimpun untuk membantah rang undang-undang "pengampunan menyeluruh" yang cuba didesak oleh kerajaan ke atas rakyat negara tersebut, tetapi masih didebat oleh dewan Senat Thai sehingga lewat malam tadi.
Mereka mahu Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, membatalkan rang undangundang yang sebelum ini digubal untuk memberi pengampunan kepada beberapa tokoh politik

Saturday 9 November 2013

Gara-gara lupa beli sarapan lelaki dibelasah isteri hingga pengsan

KAJANG: Sepuluh jahitan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan.
Itu akibat yang terpaksa ditanggung seorang pengawal keselamatan apabila dihentak dengan batu dan dipukul dengan kayu oleh isterinya sendiri.
Puncanya, hanya disebabkan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun terlupa membeli makanan untuk sarapan yang disuruh isterinya itu.
Kejadian berlaku sekitar 8 pagi Selasa lalu di lokasi mangsa bertugas iaitu di pondok kawalan sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, di sini.
Sumber polis berkata ketika mangsa mahu keluar rumah untuk bekerja, isterinya yang berusia 25 tahun berpesan supaya dibelikan makanan untuk sarapan.
"Bagaimanapun, mangsa terlupa pesanan isterinya itu dan terus ke tempat kerja yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka," katanya.
Tidak lama selepas itu wanita berkenaan datang ke pondok kawalan tempat suaminya bertugas dengan menaiki motosikal.
Belum pun sempat mangsa bertanya tujuan isterinya ke situ, beliau ditumbuk di muka beberapa kali.
"Mangsa tidak membalas pukulan isterinya dan hanya berulang-kali meminta penjelasan. Dengan marah suspek memberitahu dia tidak puas hati kerana mangsa tidak membelikan sarapan sebagaimana diminta," kata sumber polis, lapor Harian Metro.
Wanita itu bertindak lebih agresif dengan menendang pula badan suaminya dan mengambil kayu di kawasan berhampiran dan memukul badan mangsa.
Apabila mangsa merampas kayu itu, isterinya mengambil batu dan menghentak pula kepala mangsa.
"Akibat hentakan itu, mangsa pengsan, manakala suspek yang panik terus melarikan diri daripada tempat kejadian," tambah sumber.
Mangsa telah membuat laporan polis sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital petang Rabu lalu.
"Dalam laporan yang dibuatnya, lelaki itu mendakwa dia memang sering dibelasah isterinya itu walaupun hanya melakukan kesalahan kecil sejak lebih setahun lalu," kata sumber.
Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
SAMBUNG BACAAN

Thursday 7 November 2013

Filipina bersiap-siap hadapi Taufan Haiyan

MANILA: Pihak berkuasa Filipina telah membatalkan perkhidmatan feri dan mengarahkan bot nelayan kembali ke darat, sedang taufan paling ganas di Pasifik barat tahun ini mula menghala ke tengah negara itu.
Taufan Haiyan itu dikelaskan sebagai taufan kategori lima iaitu taufan sangat berbahaya dengan kelajuan angin sehingga 250 kilometer sejam.
Ia dijangka melanda pulau Samar dan Leyte pada tengah hari ini.
"Saya telah mengeluarkan amaran agar setiap pihak bersedia menghadapi senario paling buruk. Kami telah mengerahkan semua unit pemerintah dan semua sumber bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan. Para penduduk di kawasan bahaya telah pun diarah berpindah," kata anggota Kongres Samar Timur, Encik Ben Evardone.
Menurut beliau, kawasan yang bakal dilanda taufan itu sudah pun mengalami keadaan angin kencang dan hujan lebat.
Sekolah-sekolah dan beberapa pejabat juga telah ditutup sementara talian elektrik dan komunikasi telah dipotong buat sementara.
Para pegawai dilaporkan telah menggunakan semboyan bagi memaklumkan penduduk yang menetap di kawasan pantai berpindah ke kawasan lebih selamat.
SAMBUNG BACAAN...,,,

Friday 25 October 2013

AS juga 'intip' Canselor Jerman?

Merkel hubungi Obama menuntut penjelasan
BERLIN: Pemerintah Jerman telah menerima maklumat bahawa Amerika Syarikat mungkin telah memantau telefon bimbit Canselor negara itu, Cik Angela Merkel.
Menurut jurucakap Cik Merkel, pemimpin Jerman itu telah menghubungi Presiden Amerika, Encik Barack Obama, kelmarin menuntut penjelasan segera.
Dalam kenyataan bernada tegas, jurucakap itu menyatakan Cik Merkel telah memberitahu Encik Obama bahawa jika pemantauan sedemikian telah berlaku ia merupakan "pencabulan amanah yang serius" antara dua sekutu rapat.
"Beliau menyatakan bahawa beliau melihat amalan sedemikian, jika terbukti benar, sama sekali tidak dapat diterima dan mengecamnya tanpa ragu," jelas kenyataan itu.
Jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, yang memberikan respons kepada berita itu di Washington, berkata Encik Obama telah meyakinkan Cik Merkel bahawa Amerika "tidak memantau dan tidak akan memantau" komunikasi pemimpin Jerman itu.
Ketika didesak menjawab tentang sama ada pengintipan pernah berlaku pada masa lalu, seorang jurucakap Rumah Putih tidak mahu memberi penjelasan lanjut tentang kenyataan itu.
Menteri Pertahanan Jerman, Encik Thomas de Maiziere, pula berkata Eropah tidak boleh kembali seperti biasa berkenaan hubungannya dengan Washington menyusuli dakwaan khidmat risikan Amerika mungkin telah menyasarkan telefon bimbit Cik Merkel.
Encik de Maiziere semalam berkata bahawa ia sesuatu yang "sangat buruk" jika perkara itu ternyata benar tetapi menekankan bahawa rakyat Amerika "adalah dan kekal rakan baik kami" dan hubungan antara kedua-dua negara itu kekal stabil.
Berita pengintipan telefon bimbit Cik Merkel itu tersebar sedang Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, yang dalam kunjungan ke Rome, menghadapi persoalan baru tentang pengintipan besar-besaran ke atas negara Eropah yang menjadi sekutu Amerika
SAMBUNG BACAAN...

Saturday 19 October 2013

Haiwan Pelik di dasar laut: Giant Hatchetfish

Photo: Fish glowing with bioluminescence in dark water

Sunday 6 October 2013

ANDREA: Memang saya seksi

Suka dengan watak 'Salmah' dalam filem 'Hantu Tok Mudim'
YA, memang saya seksi.
Itulah pengakuan jujur pelakon Andrea Abdullah yang lebih dikenali dengan penampilannya yang sering kali agak menjolok mata, berbanding keupayaannya berlakon.
Meskipun demikian, pelakon berusia 36 tahun itu berkata penampilannya itu mencerminkan dirinya yang sebenar dan beliau tidak suka berpura-pura atau bersikap hipokrit semata-mata untuk menyenangkan hati sesetengah pihak.
"Saya seorang yang jujur kepada orang lain dan diri saya sendiri. Malah, apa jua yang saya lakukan datang daripada hati saya sendiri kerana terus-terang saya tidak mahu jadi hipokrit.
"Mungkin memang pakaian yang saya suka kenakan agak berani atau daring, tapi itulah diri saya," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, akibat penampilannya itu, ibu tunggal kepada seorang anak berusia 8 tahun itu berkata: "Saya pernah dilontarkan dengan kata-kata serta komen negatif di Facebook dan Instagram tapi saya bertindak mengelak daripada berkomunikasi dengan mereka dengan menyekat mereka daripada laman sosial saya.
"Pada saya senang sahaja, janganlah kita menilai seseorang itu daripada luaran. Malah orang tidak ada hak untuk menilai diri saya kerana hanya Tuhan yang tahu segalanya," luahnya lagi, yang baru selesai menjalani penggambaran filem, Hantu Tok Mudim.
Mengulas mengenai filem tersebut, Adrea memberitahu beliau suka dengan wataknya sebagai Salmah kerana dapat menampilkan sesuatu yang berbeza dalam watak yang pernah dibawakan.
"Sebenarnya ramai yang tidak tahu saya di luar atau apabila bersama keluarga dan orang yang paling rapat dengan saya, saya sebenarnya seorang yang manja dan lembut hati. Cuma di TV dan lakon layar sahaja saya banyak bawa watak antagonis.
"Jadi saya suka apabila watak saya sebagai Salmah dalam filem ini adalah diri saya sebenar apabila di luar. Cuma saya perlu lebih keanakanakan sedikitlah untuk sesuaikan dengan watak saya sebagai anak dara di dalam filem ini," jelasnya.
Selain Adrea, filem komedi-seram itu turut menampilkan Izzue Islam, Soffi Jikan , AR Badul dan ramai lagi.
SAMBUNG BAC AAN

Saturday 24 August 2013

Aplikasi chatting terbaik untuk Android



 

eBuddy XMS:

eBuddy Messenger juga sangat popular di Media Sosial Chat aplikasi dan  XMS eBuddy ini bukan sahaja hanya satu aplikasi chat tetapi anda juga boleh berkongsi Foto, video dan smiley. XMS membolehkan anda untuk terus berhubung dengan rakan-rakan, keluarga dan yang lain yang berada dalam senarai kenalan anda.
Download dari Google Play.
 
ChatPlus:

ChatPlus adalah perkhidmatan berbual Android yang membolehkan anda untuk berbual dengan kawan-kawan anda lebih mudah dan lebih yang selesa dalam pelbagai cara. Melalui pemberitahuan push cepat dan betul, anda boleh bertukar-tukar bukan sahaja mesej teks tetapi juga gambar, video dan suara, lokasi dan handwrites tanpa perlu membayar untuk itu. Dan juga ChatPlus menyokong terjemahan bahasa dan posting ke Twitter dan Facebook. Di samping itu, ChatPlus menyediakan sembang kumpulan dan siaran besar-besaran.


Download ChatPlus untukAndroid.
 
GroupMe:

GroupMe membolehkan anda untuk menguruskan Kumpulan dan menambah kenalan anda dari Media sosial juga. Dalam Kumpulan saya anda boleh menghantar dan menerima mesej dengan menggunakan sambungan data anda dan dalam kes jika anda mempunyai sambungan yang lemah, aplikasi boleh beralih anda ke SMS supaya anda tidak akan terlepas mesej. Sistem Lokasi di GroupMe adalah unik dan ia akan menunjukkan kepada anda semua ahli adalah yang tinggal di Kumpulan atas Peta.


Download GroupMe untukAndroid:
 
ChatOn:

ChatOn App dari Samsung memberi persaingan yang kukuh untuk WhatsApp kerana Pengeluar itu dan jelas ciri-ciri yang menyebabkan ia terlalu. Anda boleh berbual dengan Buddies anda melalui chat peribadi atau kumpulan chat dan dengan mudah boleh berkongsi Gambar, Video dan Format Multimedia lain. Anda boleh melihat semua bahagian kandungan multimedia pada ChatOn melalui satu pilihan mudah dipanggil Trunk.

ChatOn-Samsung-Mobile-messenging-Tool

Download ChatOn untukAndroid:
 
Viber:

Viber adalah aplikasi yang membolehkan anda membuat panggilan telefon percuma kepada sesiapa yang juga aplikasi yang dipasang. Apabila anda menggunakan Viber, panggilan dan mesej teks kepada mana-mana pengguna lain Viber adalah percuma, dan kualiti bunyi adalah jauh lebih baik daripada panggilan biasa. Anda boleh memanggil atau teks mana-mana pengguna Viber, di mana sahaja di dunia, secara percuma. Semua ciri-ciri Viber adalah 100% PERCUMA dan tidak memerlukan apa-apa tambahan "dalam aplikasi" pembelian.
Download Viber for Android:



Saturday 20 July 2013

10 Tanda Si Dia KeMUNGKINAN Suami Orang


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Tuesday 16 July 2013

Govt wants to develop nuclear energy sources

 
The government plans to develop nuclear-based technology to replace fossil fuel.
Technology Minister Gusti Muhammad said  on Tuesday that Indonesia needed to develop nuclear technology because fossil-based energy sources were depleting.
“If we are facing a [fossil-based energy] crisis, then we should try to develop nuclear technology,” Gusti saidas quoted by kontan.co.id.,, continue

Monday 15 July 2013

Kisah Lucu Di Mesir: Harijadi ke 17


Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Sunday 14 July 2013

2 Orang Gangster mati ditembak oleh gangster yang lain

BUTTERWORTH – Dua remaja yang dipercayai ahli sebuah kumpulan gengster menjadi mangsa serangan ala mafia apabila salah seorangnya mati ditembak ketika sedang melepak di tempat kegemaran mereka di bawah jejambat di Kampung Ujong Batu, Bagan Dalam di sini kelmarin. Artikel penuh



Gambar Hiasan

Saturday 13 July 2013

Soal jawab Ustaz Azhar Idrus tentang puasa


#Korek Hidung Semasa Berpuasa
Soalan: Adakah batal puasa sekiranya memasukkan suatu benda ke dalam rongga badan seperti mengorek telinga ataupun hidung?

Ustaz: Menurut pendapat yang muktabar dalam kalangan sarjana fikah Mazhab Syafie, tidak batal puasa dengan sebab memasukkan sesuatu ke dalam hidung ataupun telinga melainkan sampai kepada had batin.

Menurut satu pendapat, had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had bagi telinga pula adalah sampai kepada gegendang telinga.

#Hukum Berkumur Dengan Listerine Pada Siang Bulan Puasa
Soalan: Saya musykil dan ingin mendapat jawapan berkenaan hukum berkumur dengan alat kumur contohnya Listerine ketika berpuasa. Adakah harus ataupun makruh?

Niat saya mahu menyegarkan mulut dan nafas kerana tidak digalakkan kerap gosok gigi ketika siang hari pada bulan puasa.

Ustaz: Menurut pendapat yang muktabar dalam mazhab Syafie, harus berkumur membersihkan mulut atau bersugi sebelum masuk waktu zuhur. Sekiranya selepas waktu zuhur hukumnya adalah makruh. Ini adalah berdasar sebuah hadis di mana Nabi Muhammad berkata yang maksudnya:

"Bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi"

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi dalam fatwanya menjelaskan tidak makruh membersihkan mulut sekalipun selepas masuk waktu zuhur. Menurutnya hadis itu bukan melarang membersihkan mulut, tetapi hanya menyatakan kelebihan orang yang berpuasa.

Pendapat Imam Nawawi ini menyatakan tidak mengapa membersihkan mulut dengan ubat pencuci mulut bagi orang yang sedang berpuasa. (rujuk Kitab Majmuk Imam)

#Masuk Air Sebab Sakit
Soalan: Adik saya dimasukkan ke hospital kerana kekurangan air di dalam badan. Doktor memasukkan air ke dalam badannya melalui saluran tiub yang disambungkan pada lengannya. Adakah puasa adik saya batal ataupun tidak?

Ustaz: Menurut pendapat sebahagian sarjana Islam, sekiranya air yang dimasukkan ke dalam badan melalui tiub itu masuk ke dalam rongga seperti perut, maka batal puasa adik and itu. Wajib digantikan puasa yang batal itu selepas sembuh daripada sakit.

Sekiranya dia tidak sedar, tidak wajib diganti puasa itu kerana orang yang pengsan itu tidak wajib berpuasa kerana dia tidak dikira sebagai mukalaf ketika itu.

#Ganti Puasa
Soalan: Pada tahun lepas, saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti dua kali ganda puasa itu pasa tahun ini? Ataupun hanya perlu membayar fidyah?

Ustaz: Sekiranya anda tidak sempat gantu pada tahun lepas, bermakna anda wajib ganti puasa itu pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah. Tetapi wajib membayar fidyah disamping menggantikan puasa itu sebanyak secupa beras bagi sehari yang ditinggalkan.

#Mengeluarkan Air Mani Dengan Sengaja Pada Bulan Puasa
Soalan: Saya dan suami belum dikurniakan anak. Kami berjumpa dengan pakar sakit puan  dan suami saya diminta melakukan ujian air mani sedangkan dia berpuasa Ramadan. Saya tahu mengeluarkan air mani dengan sengaja akan terbatal puasanya. Namun adakah ia satu dosa besar? Tujuan kami adalah bagi melakukan ujian kesuburan. Apakah hukumnya? Bagaimana pula cara mengganti puasa itu?

Ustaz: Mengeluarkan air mani dengan tujuan membuat ujian kesuburan tetap membatalakn puasa sebagaimana yang disebut para sarjana fikah yang muktabar. Ia dikira berdosa kerana ujian itu boleh dilakukan pada bulan-bulan lain dan tidak termasuk perkara yang penting iaitu berkait dengan menyelamatkan nyawa atau anggota badan daripada mengalami kecacatan sekiranya tidak dilakukan ujian itu.

Wajib diganti puasa yang terbatal itu dengan segera selepas masuk bulan Syawal.

#Fidyah Solat Dan Puasa Untuk Meninggal Dunia
Soalan: Saya mahu bertanya mengenai fidyah ibu saya yang meninggal dunia, tetapi saya tidak tahu sepenuhnya mengenai ibadah solat dan puasa yang ditinggalkan. Sepengetahuan saya, ibu tidak solat sewaktu beliau sakit.

Ustaz: Fidyah hanya boleh dikeluarkan dengan sebab si mati meninggalkan puasa iaitu sekiranya ditinggalkan selama sehari maka fidyahnya adalah secupak beras diberikan kepada fakir ataupun miskin. Sekiranya tidak tahu jumlah yang tepat berapa lama simati meninggalkan puasa, perlu dianggarkan dengan anggaran yang sampai pada sangkaan bilangan hari yang ditinggalkan puasa itu.

Menurut pendapat yang muktabar, sekiranya si mati meninggalkan solat, maka tidak ada fidyah yang wajib dikeluarkan. Namun waris boleh bersedekah dengan meniatkan sedekah itu daripada si mati dan semoga waris dapat memberi manfaat kepada si mati.

#Puasa Pada Bulan Rejab Dan Syaaban
Soalan: Mohon ustaz jelaskan amalan Nabi Muhammad ketika bulan Rejab dan Syaaban?

Ustaz: Dalam hadis-hadis yang sahih menyatakan, Nabi Muhammad memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban, tetapi tidak sampai sebulan penuh.

Amalan yang lebih baik ialah berpuasa sebanyak 15 hari sahaja pada tiap-tiap bulan itu.

Wanita cantilk punyai tubuh paling melentik


Julia Gunthel atau nama komersialnya Zlata yang berasal dari Rusia dan kini menetap di Jerman ini merupakan 'Goddess of Flexibility' dan pemegang rekod Guinness kerana beliau berjaya memecahkan belon dengan melipat tulang belakangnya. Gambar-gambar Zlata di bawah diambil untuk diletakkan dalam kalendar tahun. Artikel penuh

Friday 12 July 2013

Hilang Duit


 
Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"

Thursday 11 July 2013

Janda Rakam Anak Projek!!!,

Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya,
malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. Gambar Fail hiasan



sambung bacaan http://senapisanapang.blogspot.com/2013/07/janda-rakam-anak-projek_5276.html

Wednesday 10 July 2013

Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan Dalam Kejadian Ragut Di Kelantan






Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan Dalam Kejadian Ragut Di Kelantan | Memang melampau dan kejam. Sebentar tadi berlakunya kejadian ragut yang hampir meragut nyawa seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan. Mangsa seorang wanita dikatakan ditetak oleh dua orang suspek yang bersenjatakan parang. sambung bacaan di sini http://busuk.org/ping/view/291682

Dua puluh kata kunci AdWords yang paling mahal dalam pengiklanan GOOGLE


 Salam semua
 Sesuatu yang berguna untuk dikongsikan bagi meningkatkan trafik blog anda

  1. Insurance
  2. Loans
  3. Mortgage
  4. Attorney
  5. Credit
  6. Lawyer
  7. Donate
  8. Degree
  9. Hosting
  10. Claim
    11 Conference Call
  1. Trading
  2. Software
  3. Recovery
  4. Transfer
  5. Gas/Electricity
  6. Classes
  7. Rehab
  8. Treatment
  9. Cord Blood

Kanak Kanak LUAR BIASA Yang Mengejutkan CHINA dan DUNIA

Kanak Kanak LUAR BIASA Yang Mengejutkan CHINA dan DUNIA

Kanak Kanak LUAR BIASA Yang Mengejutkan CHINA dan DUNIAKanak-Kanak Luar Biasa Yang Menggemparkan Rakyat China | Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Tuesday 9 July 2013

Kisah Lucu: Seman



Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Wednesday 3 July 2013

Cerita Lucu: UBAT SAKIT KEPALA

 



Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun.

"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"

Sambung bacaan

http://cikyanzone.blogspot.com/
http://suffianzone.blogspot.com/
http://duniamayaabby.blogspot.com/
http://peliksaja.blogspot.com/
http://awathangni.blogspot.com/
http://abahkamu.blogspot.com/
http://opahkamu.blogspot.com/
http://alahaikau.blogspot.com/
http://apekohe.blogspot.com/
http://apacerpa.blogspot.com/
http://opocotko.blogspot.com/
http://politikhariini.blogspot.com/
http://alamakhg.blogspot.com/
http://omakaureferral.blogspot.com/
http://lagumanatu.blogspot.com/
http://hantamjela.blogspot.com/
http://manamautu.blogspot.com/
http://manapunboleh.blogspot.com/
http://ambikhang.blogspot.com/
http://petuamoden.blogspot.com/
http://resepiistemewa.blogspot.com/

Sunday 30 June 2013

Isteri tergamam apabila terlihat suami berpelukan dengan janda dalam keadaan bogel


ALOR GAJAH, Melaka - Seorang isteri tergamam dan terkejut apabila menyaksikan suaminya tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi semalam.
Menurut penduduk setempat, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat tanpa sesurat benang pun dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki tersebut di Kampung Ayer Paabas.


Isterinya juga juga mendakwa lelaki terbabit sudah bercucu dan mengakui suaminya sering tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan.
 

Isteri memberitahu bahawa dia ke hospital melawat ibu mertuanya berusia lewat 80-an. Wanitayang berusia 67 tahun tersebut terkejut apabila pulang rumah ibu mertuanya itu.
pada jam kira-kira 10 pagi, dia terdengar dengkuran kuat suaminya dari arah salah satu bilik.

Marah dan bengan dengan perbutan sumbang suaminya ituitu, si isteri bertindak melaporkan kejadian kepada pegawai berwajib kampung berkenaan sebelum tindakan diambil

  Atas aduan tersebut, Pegawai pegawai terbabit bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke atas rumah tersebut
. apabila tiba di sana, salam dan ketukan tidak mendapat sebarang respon dari dalam rumah tersebut kira-kira 15 minit. Akibat daripada itu imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak berkunci. Menurut sumber pasangan terbabit terkejut dan mendakwa wanita tersebut keletiahan dan bermalam di situ.

Sementara itu, pasangan terbabit dibawa ke IPD Alor Gajah sebelum kes dirujuk  kepada Jaim) untuk tindakan yang bersuasaian

Tips Besarkan Payudara | Cara Nak Besarkan Buah Dada




Sambung bacaan anda http://ping.busuk.org/v/3364/4-langkah-beri-kepuasan-luar-biasa-kepada-isteri.html

Cerita Lucu: SUMBANGAN



Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

Saturday 29 June 2013

Cerita Lucul: Hukuman Mati



Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
”Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan..

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.” katanya

Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..

“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...

Pengiran muda abdul qawi dan tengku amalin a'ishah puteri diijab kabulkan


Tahniah keduanya sila ke link di bawah

http://cikyanzone.blogspot.com/2013/06/pengiran-muda-abdul-qawi-dan-tengku.html

Tuesday 18 June 2013

Cerita Lucu: SURAT UNTUK ABANG...


Dear abang,


Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...

DAN... YANG TERAKHIRNYA... ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

Dari Ayang...

Cerita Lucu: SURAT UNTUK AYANG (balasan SURAT UNTUK ABANG)


dear ayang,


bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..

jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah aa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

Sunday 16 June 2013

Pak Pandir dan Kapalterbang



Man of steel
Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".

Friday 14 June 2013

Cerita Lucu: Cuti Sakit



Gambar Hiasan beb

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

Thursday 13 June 2013

Sunday 9 June 2013

Pak Pandir dan Ikan Keli



http://www.utusan.com.my/pix/2000/0524/Utusan_Malaysia/Hiburan/et1_big.jpg
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

Thursday 6 June 2013

Kisah Seorang Doktor Muda


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."


--

Tuesday 4 June 2013

Yang Mana Satu?


Tom sedang membaca surat, kelihatan murung...

Harry : Berita buruk?

Tom : Seorang lelaki menulis surat ini dan berkata kalau saya tak jauhkan diri dari isterinya, dia akan potong telinga saya...

Harry : Jadi lebih baik awak jauhkan diri dari isterinya...

Tom : Tetapi isterinya yang mana satu? orang yang menulis surat ini ialah "anonymous"

Monday 3 June 2013

Malunya Saya!!


Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat
 
dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.

Telefon



Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah telinganya dibalut ( seolah-olah luka ).Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge kamu?". Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tiba-tiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke telinge".

Bos itu kemudian bertanya lagi " Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?" Lelaki itu menjawab,"Well,saye pon kene telefon doktor!"

Klik iklan di bawah intuk menderma

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

Bacaan seterusnya