Saya dilahirkan didalam sebuah 
keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu
 menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan 
sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya 
berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya 
seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni 
cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya 
mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan 
dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat
  
dengan 
mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya 
di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, 
menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan 
masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu 
marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu 
tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk 
mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat
 dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya
 cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana 
saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah
 mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku
 penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, 
hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh 
keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan 
gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka 
macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham 
tak tapirrrrr!!!"
Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir 
rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau
 tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.
 
No comments:
Post a Comment