Klik iklan di bawah intuk menderma

Sunday 6 October 2013

ANDREA: Memang saya seksi

Suka dengan watak 'Salmah' dalam filem 'Hantu Tok Mudim'
YA, memang saya seksi.
Itulah pengakuan jujur pelakon Andrea Abdullah yang lebih dikenali dengan penampilannya yang sering kali agak menjolok mata, berbanding keupayaannya berlakon.
Meskipun demikian, pelakon berusia 36 tahun itu berkata penampilannya itu mencerminkan dirinya yang sebenar dan beliau tidak suka berpura-pura atau bersikap hipokrit semata-mata untuk menyenangkan hati sesetengah pihak.
"Saya seorang yang jujur kepada orang lain dan diri saya sendiri. Malah, apa jua yang saya lakukan datang daripada hati saya sendiri kerana terus-terang saya tidak mahu jadi hipokrit.
"Mungkin memang pakaian yang saya suka kenakan agak berani atau daring, tapi itulah diri saya," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, akibat penampilannya itu, ibu tunggal kepada seorang anak berusia 8 tahun itu berkata: "Saya pernah dilontarkan dengan kata-kata serta komen negatif di Facebook dan Instagram tapi saya bertindak mengelak daripada berkomunikasi dengan mereka dengan menyekat mereka daripada laman sosial saya.
"Pada saya senang sahaja, janganlah kita menilai seseorang itu daripada luaran. Malah orang tidak ada hak untuk menilai diri saya kerana hanya Tuhan yang tahu segalanya," luahnya lagi, yang baru selesai menjalani penggambaran filem, Hantu Tok Mudim.
Mengulas mengenai filem tersebut, Adrea memberitahu beliau suka dengan wataknya sebagai Salmah kerana dapat menampilkan sesuatu yang berbeza dalam watak yang pernah dibawakan.
"Sebenarnya ramai yang tidak tahu saya di luar atau apabila bersama keluarga dan orang yang paling rapat dengan saya, saya sebenarnya seorang yang manja dan lembut hati. Cuma di TV dan lakon layar sahaja saya banyak bawa watak antagonis.
"Jadi saya suka apabila watak saya sebagai Salmah dalam filem ini adalah diri saya sebenar apabila di luar. Cuma saya perlu lebih keanakanakan sedikitlah untuk sesuaikan dengan watak saya sebagai anak dara di dalam filem ini," jelasnya.
Selain Adrea, filem komedi-seram itu turut menampilkan Izzue Islam, Soffi Jikan , AR Badul dan ramai lagi.
SAMBUNG BAC AAN

No comments:

Post a Comment

Klik iklan di bawah intuk menderma

Tingkatkan trafik anda di sini

Busuk.com

Bacaan seterusnya