Merkel hubungi Obama menuntut penjelasan
Menurut jurucakap Cik Merkel, pemimpin Jerman itu telah menghubungi Presiden Amerika, Encik Barack Obama, kelmarin menuntut penjelasan segera.
Dalam kenyataan bernada tegas, jurucakap itu menyatakan Cik Merkel telah memberitahu Encik Obama bahawa jika pemantauan sedemikian telah berlaku ia merupakan "pencabulan amanah yang serius" antara dua sekutu rapat.
"Beliau menyatakan bahawa beliau melihat amalan sedemikian, jika terbukti benar, sama sekali tidak dapat diterima dan mengecamnya tanpa ragu," jelas kenyataan itu.
Jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, yang memberikan respons kepada berita itu di Washington, berkata Encik Obama telah meyakinkan Cik Merkel bahawa Amerika "tidak memantau dan tidak akan memantau" komunikasi pemimpin Jerman itu.
Ketika didesak menjawab tentang sama ada pengintipan pernah berlaku pada masa lalu, seorang jurucakap Rumah Putih tidak mahu memberi penjelasan lanjut tentang kenyataan itu.
Menteri Pertahanan Jerman, Encik Thomas de Maiziere, pula berkata Eropah tidak boleh kembali seperti biasa berkenaan hubungannya dengan Washington menyusuli dakwaan khidmat risikan Amerika mungkin telah menyasarkan telefon bimbit Cik Merkel.
Encik de Maiziere semalam berkata bahawa ia sesuatu yang "sangat buruk" jika perkara itu ternyata benar tetapi menekankan bahawa rakyat Amerika "adalah dan kekal rakan baik kami" dan hubungan antara kedua-dua negara itu kekal stabil.
Berita pengintipan telefon bimbit Cik Merkel itu tersebar sedang Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, yang dalam kunjungan ke Rome, menghadapi persoalan baru tentang pengintipan besar-besaran ke atas negara Eropah yang menjadi sekutu Amerika
SAMBUNG BACAAN...
No comments:
Post a Comment